Friday, February 17, 2012

Travel Memories #1- Turkey & Bahrain Part 2

okayh, untuk part ni, pasal tempat-tempat untuk dilawati kat Turkey. Pinggan mangkuk kat Turkey ni famous jugak. Hasil-hasil kraf dorang memang cantik-cantik. tpi ak ngan mak x beli la sebab susah nak bawak nek flight.kang pecah menangis! hehehe..






Selain tu jugak, Turkey ni banyak precious stone. ok, im not a big fan of precious stone, tengok-tengok boleh la =)







nampak x cincin yang batu dia tu banyak colour-colour? itu special sebab zaman dulu-dulu Raja dia yang design cincin macam tu,kat satu cincin tu ada beberapa precious stone yg berlainan,setiap satu batu tu mewakili 1 isteri dia. tu yang banyak colour tu.belila,xmahal, 800 euro je.. (oO)








okeyh,selain tempat tu ak pegi kat satu kawasan ni (sorry x ikut sequence sebab mmg da lupa sket2, 3 tahun lepas kot =p) yang famous dengan air panas,yang lagi best air panas sy banyak mineral,ala-ala salt mountain masa Part 1 tu la.






ini bukan bukit tanah ye, tapi tempat air panas bermineral tu keluar. masyuk mandi malam-malam kat kolam ni =)


tempat seterusnya adalah tempat kota lama,lupa nama tempat tu (maafkan kenyanyukan sy yeeeeeeee). tapak tempat ni dulu tempat kota lama, tapi dah runtuh yang tinggal kubur-kubur lama je. Tapi kubur dorang besar,dalam batu.


ye,kena berjalan kaki sebab bas xboleh masuk.makanya silala banyak travel semasa masih kuat,xpon minum Herbalife,konfirm kuat & sehat! (sempat nak promote gak!)


ha,da ingat da nama tempat tu,Hierapolis! tula lain kali da agak-agak boleh lupa silalah amek gambar nama tempat tu ye

ni sume kubur-kubur lama dorang. beso batu-batu ni






okayh,ni style kubur lain pulak.yes,itu adalah kubur. tapi style ni untuk orang-orang
kaya atau kerabat diraja. Zaman dulu-dulu,orang kaya akan ditanam dalam batu pastu kubur dia akan dikambus ngan tanah jadi macam bukit,makin besar bukit tu,maknanya pengaruh orang tu makin tinggi.jadinya kawasan pekuburan lama raja-raja memang berbukit-bukit yang besar-besar!



dalam kawasan istana lama. jangan tanya ea Latrina tu apa,lupeeeeeeee..hehehe


kebetulan,salah satu hari masa dekat Turkey tu adalah hari kemerdekaan dorg.dapatla tengok cara sambutan kemerdekaan orang-orang Turkey ni.




Nampak x ada budak perempuan bawak gambar lelaki? gambar tu Mustafa Kamal Antarturk. kalau sejarah Turkey, dia adalah bapa kemerdekaan dorg,macam kita TUnku Abdul Rahman. Dorang memang sayang sangat Antarturk ni sebab dy yang menyatukan Turkey. tapi, kalau sejarah islam pulak lain. Dia adalah manusia yang x diterima bumi. nak taw lagi lanjut,sila Google! hehehehe..inilah gambar dia.




sebenarnya,gambar tadi tu time nak g tempat ni.kat sini masa dulu,masyarakat dorang memang duduk bawah tanah sebab nak selamatkan diri dari musuh.jadi dorg ramai-ramai duduk kat bawah tanah ni. tanah kat kawasan ni xkeras sangat x lembut,makanya dorang selamat sebab xruntuh tapi senang nak bentuk.






dorang ada sume kat bawah ni. sewage system,ventilation system,bilik-bilik,dapur.pendek kate engineer dia memang power la!


see? siap bertingkat-tingkat tuuuu





me and mak dalam salah satu bilik tidur.


taw x salah satu sumber export Turkey adalah garam? ak pergi kat tasik yang sangat masin Salt Lake







Lepas tu terus bertolak ke Ankara. Nama Ankara ni sebab kononnyer,ingat kesah banjir besar,bahtera Nabi Noh punye sauh(anchor) tertinggal dekat negeri Ankara ni. Actually, bahtera Nabi Nuh memang dipercayai terdampar dekat Turkey tapi xtaw kat area mana. Sampai kat Ankara terus lunch dekat station kereta api kat situ.





mak & the geng! =)

oleh sebab aritu ialah hari kemerdekaan diaorang,jadinya kami suma pon sebok nak g menyambut jugak. kami pegi kat kubur peringatan Mustapa Kamal Antarturk.


ramai kan?



Mustapa Kamal Antarturk x ditanam, tapi dia diletak dalam kotak yang dibuat dari marmar hitam. yang ini:






"abg askar,kalau saya cucuk pinggang melatah x?"hehehehe..




Turkey ni banyak masjid-masjid yang cantik-cantik. Dari segi architecture ngan engineering dorang memang tip top sebab rekaan ngan binaan masjid-masjid lama tu kebanyakan tahan gempa bumi.pastu da la penuh dengan marmar je,makanya dalam masjid tu x payah pasang aircond,sentiasa sejuk.









pandangan dari luar blue mosque


ok,yang ni pulak Ayasofiya.cantik kan nama dia? Ayasofiya ni asalnya adalah gereja kristian,pastu kemudian islam ambil alih dan jadikan dia masjid. Kemudian Mustapa kamal Antarturk tukar jadi muzium.




punyala panjang beratur nak masuk


tengok,masih ada kesan-kesan lukisan masa time ayasofiya ni jadi gereja.







Arah kiblat senget sikit sebab masa gereja menghala ke jerusalem tapi kiblat arah ke mekah.






untuk part 3,ak cite pasal food(my fav!), entertainment dengan what to buy k?

hugs & kissess!

Thursday, February 16, 2012

Travel Memories #1- Turkey & Bahrain Part 1

Pernah x bukak balik gambar-gambar travel lama only to found out that you have forgotten almost half of it? sedih kan? oleh sebab sementara ingat-ingat lupa ni, nak cite jugak pengalaman travel. ok, for travel memories #1, nak tulis pasal masa pergi Turki & Bahrain tahun 2009. Turki & Bahrain adalah negara yang ke-3 ak pergi. ok,aku memang pathetic, dah besar-besar baru nak bejalan. tapela,better late than never right?

Masa tu mid may, if im not mistaken. end of spring season. Depart dari KLIA malam, flight 8 jam sebab nak transit kat Bahrain dulu. Best gile flight dy,naik Gulf Air kalau x silap. Makan toksah cakap la,bryani memanjang je,tapi letih la flight lama-lama ni,lenguh, tido bangun tido bangun x jugak sampai-sampai.On the way to Bahrain, lalu kat Dubai, mak ai cantik gileeeeeeeeeee! nampak lebih kurang macam ni,tapi x sempat nak amek gambar.




Sesampai je kat Bahrain, terus masuk hidung pasir-pasir sume. Panas? sangat kot! Kering dan panas.sampai dalam kol 11 mcm tu tapi pelik sebab sume kedai tutup, bila tanya tourist guide tu,rupanya dorang belah siang mmg kedai tutup, lepas asar baru start meriah sebab siang panas sangat,jadi orang malas nak kuar. ha,benda yang paling best pasal Bahrain ni kereta dorang. Mercedes BMW yang x pernah nak nampak kat Malaysia ni melambak-melambak kat sana. Macam mana banyak kete proton kat malaysia ni,banyak cmtu la Mercedes kat sana, yela dorang kan ramai tauke-tauke minyak.kaya-kaya kot.


harusla gambar airport kan =P












Me & mak jalan-jalan pekan..panassssssss!


Transit kat Bahrain sehari je, pastu nek flight ke Turkey. Kat Turkey cuaca sangat best! sebab Turkey dekat kawasan Mediterranien sea,teringt lak time sekolah ak dengan durga nak sangat pergi kat negara-negara mediterranien sebab cuaca dy yang paling best compare dengan mana-mana negara kat dunia ni. Not too hot,Not too cold. And do you know that Turkey is half Asia and half Europe? (p tengok peta cepat!) =)






gambar gedik ngan mak,belakang tu Marmara Sea. Cantik sangat!




Pastu pergi tempat yang sangat cantik. dari jauh nampak macam gunung yang penuh salji, tapi bile dekat rupenyer tempat tu salt mountain. Nama dia Pamukkale. Dia adalah salah satu 7 Nature Wonders of the world. Kenapa? sebab air gunung yang keluar tu penuh dengan garam, bila da berzaman, itu yang nampak macam salji.dekat kawasan tu jugak ade kawasan air panas yang konon-konon dulu Cleopatra mandi kat situ. X jauh dari situ ada kawasan ala-ala tempat gladiator.


pandangan dari jauh

bila dekat,



















nilah kolam air panas tu,pintu masuk dulu ye =)



cantik kan air dia? rugi x bawak baju time tuuuu


ni pulak tempat ala-ala galdiator tu







Kemudian,pegi pulak Tarihi Cinar.kat situ ada pokok yang sangat-sangat tua dan besar. Tenang dan cantik sangat tempat tu.


besar kan?


time tu ada jamuan budak-budak sekolah


peramah dorang ni =)


tapi the best thing about Turkey is their fruits. ya rabbi,buah-buah yang mahal sini,kat sana boleh makan puas-puas!










ni buah-buah kat pasar dorang




Last tempat untuk part 1 ni ialah Cappadocia. bagi ak tempat ni pon boleh masuk one of the 7 nature wonder of the world. kenapa? sebab macam mana dorang boleh ukir bukit tu buat umah underground.











bayangkan orang duduk kat celah-celah batu camtu



oklah,untuk part-part seterusnya ak cite pasal tempat lain kat Turkey ni k?


hugs & kissess!